Tuesday, February 6, 2007
DI LEMA SEORANG TEMAN
Baru2 nie seorang teman rapat telah meminta pandangan saya tentang wang hantaran yang bakal di minta keluarga teman wanita beliau. Agak terkejut jugak saya bila mengetahui jumlah yang agak besar iaitu RM12.000. Beliau bukannya berasal dari keluarga yang berada. Saya kenal dengan keluarganya. Terdiam la jugak barang seketika bila diajukan persoalan cam tu. Teman wanita beliau merupakan seorang gadis yang baik pada pandangan mata saya. Keluarganya pun saya kenal kerana pernah ke rumah pada hari raya tahun lepas menemani teman saya. Teman wanita beliau merupakan lepasan universiti tempatan manakala teman saya hanya la lepasan spm sahaja. Teman wanita beliau bekerja di agensi kerajaan manakala teman saya di sektor swasta. Saya bertanya jugak cam mana penerimaan keluarganya bila mengetahui hal berkenaan. Keluarganya hanya mampu terdiam dan terpulang kepada teman saya untuk membuat keputusan. Mereka hanya ingin melihat anak mereka bahagia. Saya pun bukannya pakar perunding yang baik tapi demi seorang teman saya keluarkan la jugak pendapat saya walaupun agak berat untuk berbuat demikian. Ya la ni kan melibatkan hati dan perasaan seseorang. Teman saya memang menyayangi teman wanita beliau sepenuh hatinya. Begitu jugak teman wanita beliau. Saya tanya jugak cam mana dengan teman wanita beliau. Katanya teman wanita beliau pun dalam di lema. Terkejut jugak bila keluarganya berkata demikian. Saya kata pada teman saya hal2 cam ni kenalah bawak berbincang dengan baik. Ya la kan kita nak mengecapi kebahagiaan ni bukannya sehari dua tapi kalau bole biarla berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya pun tak tau aper sebenarnya yang di minta oleh keluarga si gadis. Mungkin mereka nak menguji keikhlasan teman saya ker atau ader rahsia2 lain yang tersembunyi di hati mereka. Mana la kita tau kan. Memang la pada permulaan ader penolakan di pihak perempuan. Keluarga mana yang tak mahu anak mereka bahagia. Mungkin jugak mereka dah ader pilihan yang baik untuk anak gadis mereka. Mungkin dengan cara ni teman saya berputus asa dan mengundurkan diri. Kesian jugak saya tengok teman saya tu. Hilang seri di wajahnya berganti dengan wajah2 yang suram. Kalau saya di tempat beliau pun saya tak kan tenang bila hadapi situasi yang sebegini. Saya pun bukannya berasal dari keluarga yang berada. Sedikit sebanyak faham la situasi yang dihadapi teman saya tu. Tapi teman saya tu seorang yang tak mudah berputus asa. Katanya dia kan cuba setakat yang termampu. Tetapi saya katakan jugak padanya jangan kerana ni dia nak bergolok bergadai, menambahkan hutang yang telah sedia ada. Nanti lepas kahwin nak menghadap hutang pulak. Kalau si gadis memahami tak per la jugak. Seterusnya dia bertawakal dan telah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal timbul. Cam mana la kalau kita yang menghadapi situasi cam tu yer. Pada teman saya, saya hanya mampu berdoa agar segala pengorbanan beliau di restui ilahi dan mudah2an segala impian beliau menjadi kenyataan. Pada si gadis, hargai la segala pengorbanan teman saya tu dalam usaha memenuhi impian kamu berdua. Segala suka duka haruslah di kongsi bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)